Tuesday, January 22, 2008

Tentang Buku Tiang Seri Tadbir

Buku Tiang Seri Tadbir menyorot kembali evolusi dan perkembangan perkhidmatan Malayan Civil Service yang kemudiannya dikenali sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sambil mengiktiraf sumbangan mereka dalam pembinaan negara sepanjang lima puluh tahun kemerdekaan Malaysia

Ketokohan kepimpinan PTD terserlah selama lebih lima puluh tahun bukan sahaja di peringkat nasional malah di persada antarabangsa dalam memenuhi aspirasi masyarakat Malaysia pelbagai budaya dan juga agenda pembangunan negara.

Kesinambungan kejayaan polisi dan program pembangunan negara amat bergantung kepada kewibawaan pentadbir awam negara. Kini menjadi tanggungjawab generasi muda PTD untuk mengekalkan urus tadbir cemerlang yang telah diamalkan selama lebih lima dekad. Model pembangunan Malaysia yang dipelopori oleh elit politik dan pentadbir awam khususnya pegawai PTD menjadi inspirasi bukan sahaja di negara membangun malah di negara maju.

Buku setebal 160 muka ini sesuai dijadikan sumber rujukan dan koleksi peribadi kerana ianya sarat dengan maklumat dan gambar-gambar berkaitan perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara kita. 'Tiang Seri Tadbir' juga patut dimiliki oleh setiap pegawai PTD sebagai tanda penghargaan serta sokongan di atas inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan PPTD dalam usaha menerbitkan buku ini.

No comments: