Tuesday, January 22, 2008

Tonggak Tiang Seri Tadbir

Penerbitan Buku Tiang Seri Tadbir dijayakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) sebagai penaja. Tonggak utama di sebalik kejayaan dalam penerbitan ini adalah hasil usaha serta sokongan individu-individu berikut:

Penasihat
Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA)

Tan Sri Aseh Hj. Che Mat
Presiden PPTD

Ketua Projek
Dato' Dr. Hj. Ismail bin Alias
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (Operasi)

Penyelaras Projek
Ba'yah Bachok

Editor
Dato' Awadz Mohamad
Datuk Zakaria Ahmad

Penulis
Dr. Khatijah Md Khalid
Prof. Dr Shakila Yacob
Dr. Sharifah Mariam Syed Mohamed Al-Habshi
Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA)

Penyelidik
Mohd Jamil Rosli
Abdul Ghani Samsudin
Burhanudin Halim

Peneliti Pruf
Syahnaz Akhtar Mat Ali
Siti Maisara Roslan
Emmy Hermina Nathasia Abdul Latif
Salehudin Adam
Mohd Hijri Mat Rani
Mohd Fakhrul Zaman Che Hamzah
Mohd Dhaniel Sufian

Jurukamera
Rusdi Yahya
Kamarul Annuar Mohd Fakri
Mohd Muqsidi Tohid@Zulkifli

Konsep, Reka Letak
Tiram Studio Sdn. Bhd.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!!

Tentang Buku Tiang Seri Tadbir

Buku Tiang Seri Tadbir menyorot kembali evolusi dan perkembangan perkhidmatan Malayan Civil Service yang kemudiannya dikenali sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sambil mengiktiraf sumbangan mereka dalam pembinaan negara sepanjang lima puluh tahun kemerdekaan Malaysia

Ketokohan kepimpinan PTD terserlah selama lebih lima puluh tahun bukan sahaja di peringkat nasional malah di persada antarabangsa dalam memenuhi aspirasi masyarakat Malaysia pelbagai budaya dan juga agenda pembangunan negara.

Kesinambungan kejayaan polisi dan program pembangunan negara amat bergantung kepada kewibawaan pentadbir awam negara. Kini menjadi tanggungjawab generasi muda PTD untuk mengekalkan urus tadbir cemerlang yang telah diamalkan selama lebih lima dekad. Model pembangunan Malaysia yang dipelopori oleh elit politik dan pentadbir awam khususnya pegawai PTD menjadi inspirasi bukan sahaja di negara membangun malah di negara maju.

Buku setebal 160 muka ini sesuai dijadikan sumber rujukan dan koleksi peribadi kerana ianya sarat dengan maklumat dan gambar-gambar berkaitan perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara kita. 'Tiang Seri Tadbir' juga patut dimiliki oleh setiap pegawai PTD sebagai tanda penghargaan serta sokongan di atas inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan PPTD dalam usaha menerbitkan buku ini.

Tiang Seri Tadbir: PTD 50 Tahun Gemilang Bersama Malaysia


Buku yang berkonsepkan coffee-table bertajuk "Tiang Seri Tadbir, PTD 50 Tahun Gemilang Bersama Malaysia" kini boleh didapati daripada Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di alamat:

515, Persiaran Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-26930336, 03-26984266
Fax : 03-26917827

Harga di PPTD : RM160 beserta CD
Harga pasaran : RM280
beserta CD (akan berada di pasaran dalam masa terdekat)